"Every Suhuf Matters"

Kami menyediakan perkhidmatan pelupusan Al-Quran lama, buku-buku agama, kertas-kertas yang mengandungi ayat al-Quran dan yang sewaktu dengannya dengan cara yang terhormat dan patuh syariah.Kami memahami betapa pentingnya menjaga kesucian al-Quran. Kami komited untuk membantu biskita menjaga kesucian al-Quran dengan cara yang paling mulia.


Setiap lembaran al-Quran layak diberi penghormatan walau apapun keadaannya

“Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak.”
[An-Nisa:174]


Bagaimana perasaan biskita apabila melihat ada al-Quran terbiar begitu sahaja?

“Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah.”
[Al-Hasyr:21]


Jangan biarkan al-Quran lama biskita hanya mengumpul debu di dalam stor

“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).”
[Al-Hujuraat: 15]


Maritah kitani sama-sama menjalankan tanggungjawap kitani dalam memelihara keagungan al-Quran

” Aku tinggalkan 2 perkara yang jika kamu berpegang kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan sunnahku.”
[HR Malik]